Majlis Anugerah Pendidikan Digital Negeri Terengganu (DUTA 2024)

Majlis Anugerah Pendidikan Digital Negeri Terengganu 2024 berlangsung di Dewan Besar, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada hari Rabu 6 November 2024. Alhamdulillah SM Sains Sultan Mahmud berjaya mendapat anugerah-anugerah...

SESMA CULTURAL FUSION FIESTA (SCUFF) 2024

SESMA CULTURAL FUSION FIESTA (SCUFF) 2024 is a national-level programme organized by SM Sains Sultan Mahmud, involving six Form 3 students from 10 SGE schools and five Terengganu boarding schools. This programme requires students to conduct research and present their...

Visi Sekolah

“Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia”

Berita Sekolah

Majlis Anugerah Pendidikan Digital Negeri Terengganu (DUTA 2024)

Majlis Anugerah Pendidikan Digital Negeri Terengganu (DUTA 2024)

Majlis Anugerah Pendidikan Digital Negeri Terengganu 2024 berlangsung di Dewan Besar, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu pada hari Rabu 6 November 2024. Alhamdulillah SM Sains Sultan Mahmud berjaya mendapat anugerah-anugerah...

SESMA CULTURAL FUSION FIESTA (SCUFF) 2024

SESMA CULTURAL FUSION FIESTA (SCUFF) 2024 is a national-level programme organized by SM Sains Sultan Mahmud, involving six Form 3 students from 10 SGE schools and five Terengganu boarding schools. This programme requires students to conduct research and present their...

ROAD TO APPLE DISTINGUISHED SCHOOL ( ADS )

SESMA is striving towards the adaptation of Apple’s learning vision to accomplish the goal of becoming a technology-advanced school.

Click Here

Barisan Pentadbir

CIKGU HAYATI BINTI A.RAHMAN

CIKGU HAYATI BINTI A.RAHMAN

PENGETUA

Tinta Pengetua

Bismillaahir Rahmaanir Rahim
Alhamdulillahi Rabbil’ Alamin Wabihi Nasta’in

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T selawat dan salam untuk Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W para keluarga dan sahabat Baginda.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2023. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi bagi mencapai hasrat dan halatuju SESMA baharu tahun 2023.

Pendemik Covid 19 telah mengajar kita erti kehidupan di norma baharu, erti kesabaran, kekuatan minda, dan lebih bersedia dengan PDPC yang lebih berkesan terutama berkaitan dengan Plantar Pembelajaran Digital dan Pendidikan secara Virtual. Jesteru, pada tahun ini cabarannya akan lebih menguji kita dalam mendepani Pendidikan global yang penuh seni dan halangan. SESMA sebagai SBP SGE memerlukan para guru sentiasa bersedia dalam keadaan apapun ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan kemajuan Pendidikan global. Selari dengan aspirasi SBP, kita harus mengangkat martabat visi dan misi utama iaitu Pendidikan berkualiti, insan terdidik negara sejahtera, Melestarikan sistem Pendidikan yang berkualiti untuk membagunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara dan Peneraju Pendidikan bertaraf dunia.

Marilah kita sama-sama mendukung dan berusaha untuk mencapai 22 KPI utama kecemerlangan Pendidikan SBP dengan mengupayakan Gerakan kemenjadian murid, pengurusan sumber dan pengurusan infrastruktur & infrostrukur. Semoga kita terus dapat melahirkan pealajar yang “Global Extra Talent” dan “Global View Pattent”. Nescaya usaha ini akan berkesan sekiranya kita benar-benar menghayati Tagline baharu SESMA “SHAPING FUTURE LEADERS” dengan meletakan peranan guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tulus dan secara sinergi dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan SESMA tahun 2021 ini. Sehasrat Sederap wahana kecemerlangan dunia dan akhiran

Sekian, Terima Kasih
#SESMA SHAPING FUTURE LEADERS

Cikgu Che Wan Junaidah Binti Che wan ahmad

Cikgu Che Wan Junaidah Binti Che wan ahmad

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

CIKGU NURLINA BINTI ISA

CIKGU NURLINA BINTI ISA

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Cikgu Wan Mazri bin Muhammad

Cikgu Wan Mazri bin Muhammad

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Logo Sekolah

Obor

Melambangkan pelajar-pelajar yang memiliki semangat juang yang tinggi dalam semua aspek termasuk bidang akademik dan kokurikulum.

Ombak Merah

Melambangkan semua pelajar dan kakitangan sekolah di SM Sains Sultan Mahmud bernaung di bawah satu panji bendera Malaysia yang berkibar megah.

Nukleus Yang Dikelilingi Elektron

Sekolah yang berasaskan aliran sains yang menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan sains.

Logo Negeri Terengganu

Sempena sekolah ini berada di negeri Terengganu Darul Iman di bawah pemerintahan DYMM Al-Sultan Terengganu.

Motto Sekolah

“Disiplin Kualiti Dedikasi”

Lagu Sekolah

Teguh Berdiri Jaya
Sekolah Sultan Mahmud
Menjadi Kebanggaan
Putera Puteri Semua

SESMA Lambang Sejati
Harum Segenap Negeri
Sains Teknologi
Asas SESMA Berbakti

Disiplin, Kualiti Dan Dedikasi
Menjadi Panduan
Semasa Kami Disini…

Bangkitlah Putera Puteri
Harumkan Nama SESMA
Wujud Semangat Waja
Bela Bangsa Negara

SESMA Media Sosial

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973 yang berorientasikan Bidang Sains dan menjadi sekolah berasrama penuh yang pertama di Negeri Terengganu. sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu dan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Terengganu pada 5 September 1979. Kemudian pada 18 September 1982 Sekolah Menengah Sains Terengganu diberi nama baru , Sekolah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sempena nama Sultan Terengganu yang memerintah Negeri Terengganu pada masa itu.

Pada tahun 1995 pula Kementerian Pendidikan menyelaraskan semua sekolah berasrama penuh, dengan demikian Sekolah Sultan Mahmud bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu.
Pada tahun 1978, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan Pusat Matrikulasi di sekolah ini yang menempatkan seramai 80 orang pelajar dan kemudiannya ditutup pada tahun 1999. Pada tahun 1999, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari dan kini, bertaraf Sekolah Bestari Lima Bintang.

Atas kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum, Pada 3 Jun 2009, SM Sains Sultan Mahmud telah dimashyurkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa 3) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dis 2012, SESMA telah di iktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan kini selangkah lagi untuk menjadi Sekolah Kebanggaan Negara.

Visi & Misi Kami

VISI KPM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

VISI BPSBP

Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia

MISI KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MISI BPSBP

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membagunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Orang Pelajar

Tenaga Pengajar

Pasukan Pelaksana

SMK SAINS SULTAN MAHMUD

Hubungi Kami

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
21300 Kuala Nerus
Terengganu

+609-6664214

+609-6664644