Visi Sekolah
“Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia”
Berita Sekolah
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KUALA NERUS 2026
KHAMIS | 29 JANUARI 2026 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN MERENTAS DESA SESMA ATAS KEJAYAAN. Berikut adalah pencapaian mereka: P15 Hannani bt Mohd Nazhatul Hizan (3AB) TEMPAT KE-5 L15 Muhammad Aqil Iqbal b Mohd Ayub (3AB) TEMPAT KE-17 P18 Nur Syaifini bt Kamaruddin...
MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2026
Khamis | 22 Januari 2026 Majlis penyerahan BAP diadakan di Dewan Utama SESMA pada jam 2.00 petang. Ibu bapa dan penjaga hadir untuk menerima wang bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia sebanyak RM150 untuk setiap orang anak dan mereka dibenarkan membawa pulang...
KEJOHANAN SESMATHON 2026
KEJOHANAN SESMATHON 2026 KHAMIS | 22/01/2026 | STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, KOMPLEKS SUKAN GONG BADAK Acara tahunan, SESMATHON berlangsung pada pagi ini sebagai pembukaan kalendar sukan SESMA. Seawal jam 7.30 pagi, para pelajar, guru, dan kakitangan sekolah...
Sorotan Lensa: Warna-Warni Januari 2026 di Bumi SESMA
Januari 2026 melakar sejarah tersendiri dalam diari pendidikan negara apabila sesi persekolahan kembali bermula sepenuhnya pada awal tahun. Bagi warga Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), bulan ini bukan sekadar permulaan kalendar, tetapi satu fasa...
SESMA MERANGKUL ANUGERAH HEXACON DI STAR CONFEX
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) sekali lagi membuktikan kehebatan apabila berjaya meraih 3 anugerah platinum dalam pertandingan I-Band, Mac-Coding dan City Planning. Manakala pasukan You-Lead mendapat anugerah Silver dan MCC pula anugerah Bronze....
LAPORAN PROGRAM SESMA BULAN MAC-APRIL 2025
ONE PAGE REPORT (OPR)
ROAD TO APPLE DISTINGUISHED SCHOOL ( ADS )
SESMA is striving towards the adaptation of Apple’s learning vision to accomplish the goal of becoming a technology-advanced school.
Barisan Pentadbir

HAYATI BINTI A.RAHMAN
PENGETUA
PERUTUSAN PENGETUA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga, dan para sahabat baginda.
Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA).
Melangkah ke tahun 2026, kita kini berdiri di ambang fasa baharu landskap pendidikan negara. Pasca Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah meletakkan asas yang kukuh, dan kini, kita menyahut cabaran Rancangan Pendidikan 2026-2035 dengan penuh iltizam dan visi yang jelas.
Di SESMA, aspirasi dekad baharu ini diterjemahkan melalui komitmen kita untuk tidak sekadar melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, tetapi membangunkan “Karamah Insaniah” – pembinaan watak dan nilai manusiawi yang tinggi. Dalam era ledakan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI), nilai adab, integriti, dan empati menjadi benteng utama yang membezakan anak-anak didik kita sebagai pemimpin masa hadapan yang berjiwa besar.
Selaras dengan hala tuju pendidikan masa hadapan, SESMA bertekad untuk:
Memperkasa Pendidikan Digital & STEM: Memastikan warga SESMA bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta inovasi yang mampu bersaing di peringkat global, selari dengan Dasar Pendidikan Digital negara.
Membangunkan Potensi Holistik: Kecemerlangan akademik di bilik darjah akan sentiasa diringi dengan ketangkasan di padang sukan dan keluhuran budi pekerti.
Melestarikan Ekosistem Sekolah Sejahtera: Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, menyantuni emosi, dan merangsang minda inkuiri murid.
Sebagai sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang mempunyai sejarah kegemilangan yang panjang, saya menyeru seluruh warga pendidik, ibu bapa, alumni, dan komuniti untuk berganding bahu. Sinergi antara kita adalah kunci untuk merealisasikan kurikulum persekolahan 2026 dan visi jangka panjang negara.
Marilah kita bersama-sama memacu SESMA untuk terus unggul sebagai wadah pendidikan bertaraf dunia, melahirkan generasi pewaris bangsa yang bukan sahaja bijak akalnya, tetapi juga luhur budinya.
“SESMA Di Hatiku”
Sekian, terima kasih.
[HAYATI BINTI A.RAHMAN]
Pengetua,
SM Sains Sultan Mahmud (SESMA),
Kuala Nerus, Terengganu.
Sekian, Terima Kasih
#SESMA SHAPING FUTURE LEADERS

Che Wan Junaidah Binti Che wan ahmad
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NURLINA BINTI ISA
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

MOHD NIZAM BIN MOHAMED KAMAL
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Pautan Aplikasi
Logo Sekolah
Obor
Melambangkan pelajar-pelajar yang memiliki semangat juang yang tinggi dalam semua aspek termasuk bidang akademik dan kokurikulum.
Ombak Merah
Melambangkan semua pelajar dan kakitangan sekolah di SM Sains Sultan Mahmud bernaung di bawah satu panji bendera Malaysia yang berkibar megah.
Nukleus Yang Dikelilingi Elektron
Sekolah yang berasaskan aliran sains yang menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan sains.
Logo Negeri Terengganu
Sempena sekolah ini berada di negeri Terengganu Darul Iman di bawah pemerintahan DYMM Al-Sultan Terengganu.
Motto Sekolah
“Disiplin Kualiti Dedikasi”
Lagu Sekolah
Teguh Berdiri Jaya
Sekolah Sultan Mahmud
Menjadi Kebanggaan
Putera Puteri Semua
SESMA Lambang Sejati
Harum Segenap Negeri
Sains Teknologi
Asas SESMA Berbakti
Disiplin, Kualiti Dan Dedikasi
Menjadi Panduan
Semasa Kami Disini…
Bangkitlah Putera Puteri
Harumkan Nama SESMA
Wujud Semangat Waja
Bela Bangsa Negara
SESMA Media Sosial
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973 yang berorientasikan Bidang Sains dan menjadi sekolah berasrama penuh yang pertama di Negeri Terengganu. sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu dan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Terengganu pada 5 September 1979. Kemudian pada 18 September 1982 Sekolah Menengah Sains Terengganu diberi nama baru , Sekolah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sempena nama Sultan Terengganu yang memerintah Negeri Terengganu pada masa itu.
Pada tahun 1995 pula Kementerian Pendidikan menyelaraskan semua sekolah berasrama penuh, dengan demikian Sekolah Sultan Mahmud bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud , Kuala Terengganu.
Pada tahun 1978, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan Pusat Matrikulasi di sekolah ini yang menempatkan seramai 80 orang pelajar dan kemudiannya ditutup pada tahun 1999. Pada tahun 1999, sekolah ini telah menjadi Sekolah Bestari dan kini, bertaraf Sekolah Bestari Lima Bintang.
Atas kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum, Pada 3 Jun 2009, SM Sains Sultan Mahmud telah dimashyurkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa 3) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dis 2012, SESMA telah di iktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan kini selangkah lagi untuk menjadi Sekolah Kebanggaan Negara.
Visi & Misi Kami
VISI KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
VISI BPSBP
Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia
MISI KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MISI BPSBP
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membagunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Orang Pelajar
Tenaga Pengajar
Pasukan Pelaksana
SMK SAINS SULTAN MAHMUD
Hubungi Kami
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
21300 Kuala Nerus
Terengganu
+609-6664644





