Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Tuan/Puan,
PENDAFTARAN SECARA BERSEMUKA MURID TINGKATAN SATU(1) AMBILAN PERTAMA & MURID AMBILAN RAYUAN SBP SESI 2022/2023
Tarikh Pendaftaran : 14.5.2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat. : Bilik Sesma Space SM Sains Sultan Mahmud.
Keperluan semasa pendaftaran:
Sila bawa :
1. Senarai Semak Hari Pendaftaran di SBP ( muka surat 2 – Buku Tawaran Kemasukan Murid SBP T1 2022/2023).
2. Semua dokumen yang diminta (rujuk m/s 5 – Buku Tawaran Kemasukan Muris SBP 2022/2023).
3. Borang Daftar Masuk Asrama.
4. Borang Kebenaran Suntikan Imunisasi HPV (Murid perempuan sahaja).
5. Borang Sokongan Waris Memilih Sama Ada Mata pelajaran ASK/RBT.
6. Borang kebenaran Waris Mengikuti program Dual Language Program (DLP).
7. Borang Pengisytiharan Kesihatan.
8. Keperluan peribadi dan pakaian yang mencukupi.
—————————————————————
Murid yg berstatus ‘Risiko Tinggi’ dalam MySejahtera dan mereka yg sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dilarang masuk premis sekolah.
Murid yang sihat dan tidak positif COVID-19 perlu hadir ke sekolah.
Telefon bimbit tidak dibenarkan bawa ke sekolah dan asrama.
—————————————————————
Sekian. Harap maklum dan terima kasih.
Pengetua
SM Sains Sultan Mahmud