TAHNIAH SESMA PANTHERS!!!
Kejohanan All Girls Touch Rugby ARDA
Tempat: IPG Sultan Abd Halim, Sungai Petani, Kedah
Tarikh: 7 Februari 2026
Pasukan SESMA PANTHERS U16 telah menyertai Kejohanan All Girls Touch Rugby ARDA dan berjaya mencatat prestasi cemerlang dengan muncul sebagai Juara Cup.
Sepanjang kejohanan, pasukan SESMA PANTHERS menunjukkan disiplin permainan yang tinggi, kerjasama pasukan yang mantap serta penguasaan taktikal yang baik. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:
• Menang ke atas Bukit Mertajam High School dengan keputusan 6–0
• Menang ke atas 9Eagles Shah Alam dengan keputusan 5–0
• Menang ke atas MRSM Kuantan dengan keputusan 3–0
• Menang ke atas Langkawi Hawks dengan keputusan 1–0
Pemain Nur Ain Syamimi binti Jalani (4HT) telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan hasil sumbangan dan konsistensi permainan yang cemerlang.
Penyertaan kejohanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan SESMA PANTHERS bagi menghadapi Kejohanan Ragbi Sentuh SBP pada bulan Julai 2026. Pasukan juga merancang untuk menyertai siri kejohanan AGTR yang lain di Pahang, Melaka, Sabah dan Terengganu bagi meningkatkan pendedahan serta pengalaman pertandingan.
Pengurusan Pasukan:
• Manager : Faras Hani
• Coach : Nizam Kamal
• Fisioterapis : Nadrah Hidayah
Secara keseluruhan, kejohanan ini memberi impak positif terhadap tahap kesiapsiagaan dan pembangunan prestasi pasukan SESMA PANTHERS U16 untuk menghadapi kejohanan akan datang.
