11/2/2026 | MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM NEGETI TERENGGANU 2025

TAHNIAH UNIT KOKURIKULUM SESMA!!

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) telah berjaya merangkul Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang Sekolah Menengah Negeri Terengganu Tahun 2025 serta Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang Sekolah Menengah Negeri Terengganu Tahun 2025 dalam majlis anugerah peringkat negeri yang diadakan di Sumai Hotel, Kuala Terengganu pada 11 Februari 2026.

Pengiktirafan ini membuktikan keberkesanan sistem pengurusan kokurikulum sekolah yang terancang, sistematik dan berimpak tinggi terhadap pembangunan sahsiah serta potensi murid.

Susulan kejayaan ini, SESMA akan mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan bagi kategori berkaitan. Kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama padu barisan pentadbir serta guru-guru dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program kokurikulum sepanjang tahun.

Diharapkan pencapaian ini menjadi pemangkin untuk warga SESMA terus mengekalkan momentum kecemerlangan dan seterusnya mengharumkan nama negeri di peringkat yang lebih tinggi.