Januari 2026 melakar sejarah tersendiri dalam diari pendidikan negara apabila sesi persekolahan kembali bermula sepenuhnya pada awal tahun. Bagi warga Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), bulan ini bukan sekadar permulaan kalendar, tetapi satu fasa kebangkitan semangat “Disiplin, Kualiti, Dedikasi” yang segar.

Dari dewan peperiksaan hingga ke padang kawad, berikut adalah sorotan perjalanan aktiviti SESMA sepanjang Januari 2026.


📅 Minggu 1: Kembalinya Gemuruh di Bumi Wakaf Tembesu (11 – 17 Januari)

Tanggal 11 Januari 2026 (Ahad) menjadi saksi kembalinya hiruk-pikuk pelajar ke asrama selepas cuti akhir tahun. Memandangkan Terengganu berada dalam Kumpulan A, SESMA memulakan sesi persekolahan sehari lebih awal berbanding negeri pantai barat.

MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI KALI PERTAMA TAHUN 2025

Ahad | 11 Januari 2026

Cikgu Che Wan Junaidah bt Che Wan Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran SESMA mewakili pengetua menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2025.

1. Beliau juga memaklumkan tentang pengisian program minggu pertama, Minggu Penyesuaian.

2. Murid-murid tingkatan 4 (Batch Glorianz) akan menjalani kem motivasi di Nelayan Resort, Penarik, Setiu bermula 11-13/1/2026.

3. Murid-murid tingkatan 5 (Batch Invictus) akan menyertai kem motivasi di Pak Su Chalet, Pasir Puteh, Kelantan mulai 12-14/1/2026.

4. Murid-murid tingkatan 2 dan 3 akan menjalani program di sekolah.

5. Halatuju murid-murid SESMA untuk sesi 2026. Semua murid mesti mencapai TP6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.

6. Menetapkan sasaran Gred Purata dalam setiap peperiksaan bagi setiap tingkatan. Gred minimum bagi setiap subjek adalah C.

7. Sasaran Asrama Terbilang. Sentiasa cakna dengan kebersihan dan keceriaan asrama.

8. Mempunyai sahsiah terpuji.

9. Sifar buli dan gangguan seksual.

10. Kokurikulum – Ada pencapaian di peringkat antarabangsa. Gred Purata PAJSK disasarkan mendapat 1.12.

11. Penggunaan iPad – Permohonan penggunaan mesti melalui guru.

12. Pengumuman Guru Perpustakaan dan Media baharu, Ustazah Roselizam binti Daud menggantikan Cikgu Rohani binti Saud.

13. Tayangan video ucapan dan Perutusan Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Cikgu Kamsah@Kamal bin Mohamed.


Mesyuarat Agung Rumah Sukan: Suasana gamat apabila empat rumah sukan utama iaitu Tun Sri Lanang, Tun Tuah,Tun Mutahir dan Tun Perak mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk melantik jawatankuasa baharu dan merangka strategi bagi Kejohanan SESMATHON nanti.


MESYUARAT AGONG UNIT BERUNIFORM, KELAB&PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN

Minggu pertama ini juga menyaksikan semua ahli Unit beruniform,Kelab & Persatuan dan Sukan Permainan berkumpul untuk melantik jawatankuasa baharu dan merancang aktiviti tahunan.


PENDAFTARAN MURID BAHARU TINGKATAN 1 & Tingkatan 4

Selasa |13 Januari 2026

SESMA mengalu-alukan kedatangan murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Ibu bapa memenuhi pekarangan sekolah seawal jam 8.00 pagi, membawa harapan tinggi buat anak-anak yang terpilih. Proses pendaftaran berjalan lancar di bawah kelolaan Puan Suhana selaku penyelaras Tingkatan 1 dan bantuan jawatankuasa guru dan murid SESMA. Ibu bapa dan murid tingkatan 1 mendengar ucapan aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran,Puan Che Wan Junaidah mewakili puan pengetua, taklimat HEM oleh Penolong Kanan HEM, Puan Nurlina Binti Isa dan taklimat iPad oleh Penyelaras iPad,Ustazah Rusni.


Intervensi Buli dan Seksual dari Perspektif Agama

Tarikh : 14/1/2026

Hari : Rabu

Masa : 8.30-10.00pg

Tempat : Dewan Utama SESMA

Sasaran : Semua murid ting. 1-4 dan guru

PENCERAMAH

Tuan Syed Muhammad Syahid bin Tuan Mohd Zawawi

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Istinbat), Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Terengganu


KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID SESMA 2026

Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 15-17/1/2026. Bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Malaysia, Bukit Keluang, Besut.

Kursus ini melibatkan pemimpin murid tingkatan 2-4 dari Badan Pengawas, Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Aktiviti malam ini adalah Malam Seri Budaya Pemimpin SESMA dan sesi BBQ.

Terima kasih kepada guru-guru pembimbing, jurulatih yang menyantuni anak-anak SESMA.