Rabu | 1 Jun 2022

[Klik link di bawah untuk lebih gambar]

Alhamdulillah Program Penandaarasan Jemaah Nazir Kedah Ke SESMA berjalan lancar pada hari ini. Terima kasih kepada Tuan pengetua cemerlang Cg Kamsah@Kamal yang membentangkan slide tentang SESMA, kemenjadian Guru dan para pelajar.

Sekalung penghargaan buat guru-guru yang bersengkang mata menyiapkan booth pameran,Perpustakaan Ibnu Sina,Dewan Utama,kelas dan lain-lain. Terima kasih kepada semua guru terutama ahli jawatankuasa yang menguruskan program ini.

Alhamdulillah sambutan dan program yang telah dibuat mendapat maklumbalas positif oleh ketua Jemaah Nazir Kedah.