Assalamualaikum..

Salam Malaysia Madani buat semua guru, AKP, pekerja swasta, PPD Kuala Nerus, NGO (MyFund Action), PIBG & ibu bapa kpd anak2 syurga SESMA.

1. Alhamdulillah hari ini kita telah selesai menjalankan program Gotong-Royong Madani yg bertujuan untuk membersih & mencantikkan kawasan sekolah & asrama.

2. Pihak sek mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kpd semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini.

3. Semoga kerja buat kita pada hari ini akan diberkati oleh Allah SWT & mendapat sebaik-baik ganjaran.

4. InsyaAllah pada masa akan datang, aktiviti ini akan dijalankan secara berkala bagi merapatkan lagi ukhwah antara ahli keluarga besar SESMA.

Pengurusan SESMA