2/1/2024: PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-37
SESI 2023/2024

Perhimpunan pertama bagi tahun 2024.
Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu SESMA. Diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara.

Pengetua Puan Hayati binti A Rahman memulakan ucapan dengan bertanya khabar. Kemudian beliau memperkenalkan cikgu baharu, Puan Nur Qamarina yang akan mengajar subjek Pendidikan Seni Visual.
Seluruh warga SESMA mengucapkan SELAMAT DATANG KE SESMA.

Demam peperiksaan akan mula melanda anak-anak SESMA mulai minggu hadapan. Lakukan persediaan yang sebaiknya agar beroleh kejayaan yang cemerlang.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK SESMA.

#shapingfutureleaders #spm2023