Alhamdulillah proses pendaftaran tingkatan 1 dan tingkatan 4 ambilan kedua hari ini (Isnin, 22 April 2024) berjalan lancar. Pendaftaran diadakan di SESMASPACE kerana Dewan Utama digunakan oleh murid tingkatan 5 untuk ujian TOV.

Seramai 21 orang murid tingkatan 1 mendaftarkan diri manakala hanya 2 orang sahaja murid tingkatan 4.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Che Wan Junaidah manakala taklimat HEM dan asrama disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Nurlina.

Turut menyampaikan taklimat ialah Ustazah Rusni berkaitan pengurusan iPad di SESMA.

Minggu orientasi (Wasta Week) akan diadakan pada minggu ini untuk murid-murid ambilan kedua.